Anak Ismail Sabri, Dafi dikecam kerana terlibat dalam All Together Now Malaysia

Anak Ismail Sabri, Dafi dikecam kerana terlibat dalam All Together Now Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ekoran kritikan hebat daripada orang ramai, pertandingan nyanyian “All Together Now Malaysia” (ATNM) telah dihentikan siarannya.

Ini ekoran beberapa laporan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam rancangan itu baru-baru ini.

Turut terkena kritikan dan kecaman ialah anak kepada Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, iaitu Dafi.

Netizen telah membanjiri Instagram bekas peserta “Akademi Fantasia” itu dengan meninggalkan komen-komen negatif.

Kebanyakan mereka kecewa kerana Dafi turut terlibat mencabul SOP ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19 sedangkan bapanya setiap hari mengingatkan rakyat Malaysia supaya patuh kepada SOP jika mahu melawan pandemik itu.’

Ada yang menasihati penyanyi “Bila Terasa Rindu” untuk memberikan teladan yang baik kepada masyarakat, terutama memandangkan statusnya sebagai anak seorang menteri dan juga tokoh masyarakat.

Netizan turut mendesak Majlis Keselamatan Nasional (MKN) mengenapkan kompaun terhadap Dafi dan selebriti yang lain yang menjadi juri dalam program itu.

Setakat ini Astro telah memutuskan untuk menghentikan program realiti  tersebut siasatan terhadap tuduhan pelanggaran (SOP) Covid-19 oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Malayu Astro, Raqim Ahmad, nasib program itu, yang menampilkan seramai 50 hakim celebriti, akan ditentukan setelah siasatan dijalankan.

Raqim memberitahu rakaman “ATNM” telah dilakukan pada bulan Mac di Putrajaya, sebelum pelaksanaan sekatan pergerakan menyeluruh.

Semua individu yang terlibat dalam program itu juga dikatakan telah menjalani ujian calitan sebelum penggambaran berlangsung.

“Hanya individu dengan status negatif yang diperbolehkan untuk meneruskan rakaman tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.