Ada yang sakit hati rezeki orang kaya - Rizalman - Utusan Malaysia

Ada yang sakit hati rezeki orang kaya – Rizalman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas insiden pengakuannya tidak makan ikan salmon baru-baru ini selain menghampakan peminat yang menghadiahkannya ikan tersebut, Datuk Rizalman muncul pula dengan sindiran baru menerusi perkongsiannya dalam Instagram (IG).

Menurut usahawan dan pereka fesyen itu, kerana sakit hati dengan rezeki golongan kaya, dia tidak menolak ada manusia atau individu menggunakan istilah istidraj sebagai senjata kata-kata mereka.

“Sebab itu, kadang-kadang manusia demi kerana sakit hati pada rezeki golongan kaya dan mereka yang melebihi akan menggunakan istilah istidraj untuk mengukuhkan pendapat cetek mereka tentang rezeki.

“Nilailah sesuatu situasi pada pandangan positif kerana ia selalu dihijabkan oleh iblis, hadamkan,”katanya.

Rizalman berkata demikian dalam satu perkongsian barunya semalam dalam akaun @rizalman71 yang dipercayai dijadikan jawapan balas kepada kecaman dan cemuhan warganet terhadapnya mengenai isu berbangkit kebelakangan ini.

Sebelum insiden tidak makan ikan salmon dan memberikan hadiah seorang peminatnya itu kepada kucing peliharaan, Rizalman juga mendapat cemuhan ramai kerana dikatakan tidak layak diangkat sebagai ilmuan atau pendakwah dek ciri-ciri biadabnya ketika berkata-kata.

Selain itu, katanya lagi, selama ini dia menggunakan pendekatan humor dan bercakap kasar ketika menyampaikan sesuatu perkongsian dalam IG, namun ada kalangan pengikut dan pengguna media sosial yang tidak faham sindiran ilmu daripadanya.

“Unsur cakap kasar dan humorlah yang saya jadikan sebagai umpan menarik manusia untuk meminati IG ini. Supaya terdapat dicelah-celahnya ilmu dan dakwah. Dan ini disengajakan.

“Pilu melihat IG beberapa saluran dakwah lain tiada sambutan kerana medium mereka berasaskan ‘walk the talk’. Sekiranya cara itu yang diingini, mengapa kurang diberi sambutan? Alhamdulillah, ‘perangkapku’ mengena,”katanya.

Turut memberi bayangan bahawa dia tidak akan lagi aktif menggunakan akaun Instagram (IG) sedia ada, Rizalman mungkin akan hanya aktif dalam media sosial menggunakan akaun peribadinya sahaja selepas ini.

“Para Nabi dan Rasul, Allah SWT utuskan sebagai pembawa berita gembira dan peringatan. Carilah maklumat tersebut dengan cara yang beria-ia, sebagaimana anda kena cari akaun IG peribadi saya yang lagi satu selepas ini untuk mendapat ilmu.

“Selamat mencuba. Duduklah anda semua mereput tunggu kemaskini dalam IG ini,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya