Sebanyak 8,334 kes sembuh; 5,793 kes positif; 76 kematian

8,334 kes sembuh; 5,793 kes positif; 76 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kes sembuh Covid-19 iaitu 8,334 kes sembuh berbanding semalam, 7,749 kes sekali gus mengatasi kes positif iaitu 5,793 kes berbanding semalam, 6,849 kes.

Selangor kembali mencatatkan penurunan kes iaitu 1,582 kes berbanding semalam, 2,558 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 76 kematian manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 76,247 kes berbanding semalam, 78,864 kes.

Katanya, sebanyak 914 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 459 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selain Selangor yang terus menjadi penyumbang terbesar kes positif harian diikuti Negeri Sembilan (618), Sarawak (569), Kuala Lumpur (559), Johor (504), Sabah (378), Kelantan (337), Labuan (250) dan Perak (218).

“Baki enam negeri dan satu wilayah merekodkan di bawah 200 kes iaitu Pulau Pinang (198), Melaka (178), Kedah (171), Pahang (121), Terengganu (82) dan Putrajaya (23) manakala Perlis hanya lima kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya