8,163 kes sembuh; 5,304 kes positif; 64 kematian - Utusan Malaysia

8,163 kes sembuh; 5,304 kes positif; 64 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kekal mencatatkan jumlah kes sembuh Covid-19 melebihi 8,000 untuk dua hari berturut-turut iaitu 8,163 kes berbanding semalam, 8,334 sekali gus mengatasi kes positif yang menunjukkan penurunan kes iaitu 5,304 kes berbanding semalam, 5,793 kes.

Selangor mencatatkan semula peningkatan kes positif iaitu 1,983 kes berbanding semalam, 1,582 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 64 kematian manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 73,324 kes berbanding semalam, 76,247 kes.

Katanya, sebanyak 917 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 452 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selain Selangor yang terus menjadi penyumbang terbesar kes positif harian diikuti Sarawak (544), Kuala Lumpur (462), Johor (363), Sabah (335), Negeri Sembilan (331), Kedah (301) dan Pulau Pinang (256).

“Baki negeri dan wilayah merekodkan kes di bawah 200 kes iaitu Labuan (158), Melaka (145), Perak (121), Pahang (78), Terengganu (46) manakala Putrajaya (7) dan Perlis (5),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya