PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 iaitu 5,941 kes sekali gus mengatasi kes positif yang turut mencatatkan kes di bawah 6,000 iaitu 5,293 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 60 kes kematian dicatatkan dengan 880 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 454 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 63,815 kes aktif.
“Selangor yang terus menjadi penyumbang terbesar turut mengalami penurunan kes berbanding semalam iaitu 2,111 kes kepada 1,680 kes diikuti Negeri Sembilan (693),Sarawak (661), Johor (627), Kuala Lumpur (379) dan Perak (205).
“Baki negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Melaka (183), Kedah (170), Kelantan (167), Sabah (163), Labuan (156), Pulau Pinang (114), Pahang (77), Terengganu (12), Putrajaya (4) dan Perlis, hanya dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.










