3 lokaliti di Daerah Petaling kena PKPD - Utusan Malaysia

3 lokaliti di Daerah Petaling kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiga lokaliti di Daerah Petaling, Selangor antara tujuh lokaliti di seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis hingga 14 Julai ini melibatkan Mentari Court, PJS 8; Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way dan Pangsapuri Westlite – PKNS.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, turut dikenakan langkah sama serentak ialah dua lokaliti di Kuala Lumpur iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria dan Taman Bukit Angkasa.

Baki dua lokaliti lagi jelas beliau terletak di Kampung Kubang Jela, Mukim Manir, Kuala Terengganu, Terengganu dan Kampung Balung Cocos di Tawau, Sabah.

“Antara lokaliti ditamatkan PKPD seperti dijadualkan melibatkan 10 lokaliti di sekitar Sabah iaitu Kampung Rancangan dan Kampung Kijang Merotai, Kalabakan serta Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Semarak Megah, Tawau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lima lokaliti di Bahagian Pantai Barat meliputi Country Heights Apartment dan Vista Minintod, Penampang; Kampung Rampayan dan Kampung Kionsom Kecil, Kota Kinabalu serta Kampung Taun Gusi Peninting, Kota Belud.

Jelasnya, baki satu lokaliti lagi di negeri tersebut yang berakhir PKPD mengikut jadual ialah di PPR Taman Ehsan, Kudat susulan trend penurunan kes.

Sementara itu di Sarawak pula, lokaliti yang ditamatkan PKPD berkenaan terletak dalam Kuching iaitu Kampung Goebilt dan Kampung Muara Tebas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.