239 keluarga Palestin terima bantuan musa’adah - Utusan Malaysia

239 keluarga Palestin terima bantuan musa’adah

ZULKIFLI Mohamad al-Bakri bergambar simbolik penyerahan sumbangan Tabung Musa’adah Covid-19 kepada salah seorang ketua keluarga Palestin. –  IHSAN JAKIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 239 ketua keluarga warga Palestin yang menetap di Selangor ceria menerima bantuan berupa sejumlah wang tunai dan pelbagai barangan makanan.

Bantuan Tabung Musa’adah Covid-19 itu disalurkan hasil kerjasama pelbagai pihak antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

 Turut terlibat  ialah dua lagi agensi di bawah Jakim sendiri iaitu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).

 “Bantuan tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri,” kata kenyataan akhbar Jakim di sini hari ini.

 Sumbangan berkenaan jelasnya, sebagai menzahirkan tanda keprihatinan dan perasaan simpati agensi-agensi agama tempatan dengan nasib yang menimpa umat Islam di Palestin.

 Pencerobohan dan serangan rejim Israel yang mengorbankan ratusan nyawa penduduk awam Palestin dan kesannya turut dirasai oleh warga Palestin yang menetap di negara ini.

 Dua penyerahan bantuan dilaksanakan secara berturut-turut hari ini yang berlangsung di pekarangan pejabat agama Islam masing-masing di Daerah Gombak dan Hulu Langat.

 Penyerahan bantuan tersebut dilaksanakan secara ringkas dengan mematuhi segala prosedur operasi standard susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN