16 remaja sambut hari jadi dikompaun RM64,000 - Utusan Malaysia

16 remaja sambut hari jadi dikompaun RM64,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita dikenakan kompaun gara-gara menjemput kenalannya bagi menyambut sambutan hari lahirnya di sebuah unit kondominium di Jalan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, kesemua 16 individu terdiri daripada sembilan lelaki dan tujuh wanita berusia antara 16 hingga 38 tahun itu dikenakan kompaun berjumlah RM64,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, ketika serbuan dilakukan, kesemua mereka sedang leka berhibur dengan tidak mengamalkan penjarakan fizikal di dalam rumah berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang dadah ditemukan di rumah terbabit.

“Namun, hasil ujian saringan urin dilakukan mendapati tiga lelaki didapati positif dadah jenis methaphetamine dan ketamin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Zainal, siasatan awal mendapati kehadiran semua individu terbabit di unit kondominium itu adalah untuk menyambut hari jadi salah seorang daripada mereka.

Katanya, difahamkan unit kondominium berkenaan disewa pada harga lebih RM300 oleh seorang wanita yang bekerja kilang berusia 26 tahun untuk menyambut hari jadinya.

“Susulan itu, kami mengeluarkan kompaun berjumlah RM4,000 setiap seorang terhadap 16 individu berkenaan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tindakan itu diambil mengikut Peraturan 18 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No 4) 2021. Jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM64,000,” jelasnya.

Tambah Mohamad Zainal, kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan membabitkan tiga lelaki positif dadah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN