Wartawan disyaki terkena jangkitan Covid-19 bunuh diri - Utusan Malaysia

Wartawan disyaki terkena jangkitan Covid-19 bunuh diri

AMBULANS membawa mayat mangsa Covid-19 ke tempat pembakaran mayhat terbuka di pinggir bandar Bungalore, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARNATAKA: Seorang wartawan berusia 46 tahun yang mengesyaki terkena  jangkitan COVID di daerah Davangere di sini telah bertindak meragut nyawanya dengan melompat ke landasan sebelum berlari ke arah kereta api di Amaravati, Honnali.

Menurut polis, wartawan yang dikenali sebagai Paramesh itu bekerja sambilan dengan harian Kannada di daerah itu.

Memetik laporan Indian Express, dia mempunyai simptom seperti demam, selesema dan batuk sejak beberapa hari terakhir, demikian menurut rakan-rakan karibnya yang kemudian memberitahu polis bahawa dia takut akan dijangkiti virus yang ditakuti.

Selain itu dia juga melahirkan kebimbangan jika dijangkiti Covid-19 tidak ada katil untuk menempatkannya di hospital selain tidak  oksigen dan sokongan perubatan.

Polis mengesyaki perkara ini menyebabkan dia mengambil keputusan ekstrem tersebut.

Dia meninggalkan isteri dan dua anaknya.

Paramesh adalah wartawan sambilan dengan harian Kannada ‘Vijaya Karnataka.’

Sebelumnya dia bekerja sebagai wartawan di akhbar ‘Andolana’, ‘Lankesh Patrike’ dan ‘Janavahini’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya