Warga Indonesia di Gaza cerita keganasan Israel, rumah dan infrastruktur dihujani roket

Warga Indonesia di Gaza cerita keganasan Israel, rumah dan infrastruktur dihujani roket

Letusan asap dan api dapat dilihat di Gaza ekoran pengeboman berterusan oleh pesawat tentera Israel malam tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang rakyat Indonesia yang berada di  Gaza, Muhammad Husein memberitahu keadaan terkini di wilayah Palestin itu sangat sukar ekoran serangan Israel.

Husein menceritakan, serangan Israel pada hari  minggu malam (16 Mei) merupakan yang paling dahsyat dalam tempoh seminggu terakhir ini.

Menurutnya, ratusan roket dari dua unit pesawat tempur Israel membedil wilayah di Gaza.

“Tadi malam adalah malam paling daksyat selama satu minggu terakhir.

“Ratusan roket dari pesawat tembur F-16 dan Su-35 dan kerta kebal yang ditempatkan di sempadan benar-benae membedil wilayah Gaza,” kata Husein berdasarkan video Youtube tvOne.

Menurut Husein, akibat serangan tersebut, sekitar tujuh rumah warga Palestin hancur bersama para penghuni yang berada dalam rumah tersebut.

“Ada sekitar tujuh buah rumah rakyat Palestin  yang tadi malam di hancurleburkan ketika penghuninya masih di dalam.

“Jadi sampai detik ini kita bicara, masih dilakukan proses pemindahan para korban yang masih terperangkap dalam runtuhan,” kata Husein.

Beliau yang merupakan aktivis kemanusiaan di Palestin berkata, Israel juga mensasarkan serangan mereka kepada jaringan infrastruktur di Semenanjung Gaza.

Menurutnya, target itu sengaja dilakukan untuk mempersulit proses untuk membantu mereka yang menjadi mangsa termasuk untuk membawa mereka ke hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN