Tujuh lelaki sedang berjudi ditahan, dikenakan kompaun - Utusan Malaysia

Tujuh lelaki sedang berjudi ditahan, dikenakan kompaun

PELBAGAI barangan termasuk wang tunai berjumlah RM11,647 dan perkakasan perjudian yang dirampas dalam serbuan dan tangkapan melibatkan tujuh orang lelaki yang sedang leka berjudi di sebuah kebun buah naga di Tanah Merah Site A, Lukut, Port Dickson, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Tujuh lelaki yang sedang leka berjudi ditahan dan dikenakan kompaun dalam serbuan di sebuah kebun buah naga di Tanah Merah Site A, Lukut di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua suspek termasuk seorang warga emas berusia 24 hingga 74 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 5.45 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

Beliau berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi serbuan, polis melihat sekumpulan lelaki sedang leka berjudi dengan sekumpulan lelaki sedang mengelilingi sebuah meja.

“Selepas menyedari kehadiran polis, beberapa individu cuba melarikan diri namun kesemua mereka ditahan.

“Hasil pemeriksaan di atas meja dan individu terlibat, polis merampas perkakasan perjudian seperti biji dadu, piring dan mangkuk kecil serta wang tunai berjumlah RM11,647 (termasuk wang di atas meja),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, kesemua mereka turut dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

“Suspek berumur lingkungan 24 hingga 74 tahun itu kini ditahan di lokap Balai Polis Port Dickson,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana berjudi di tempat bebas dan Per 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 P. U. (A) 225.

Katanya, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Bagi Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 P.U. (A) 225, mereka boleh dikenakan hukuman denda RM1,500 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya