Timbalan Yang Dipertua DUN NS positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Timbalan Yang Dipertua DUN NS positif Covid-19

M. RAVI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk M. Ravi disahkan positif Covid-19.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, keputusan hasil Reverse Transcripte-PolymeraseChain Reaction (RT-PCR) yang dilakukan Ravi itu diterima hari ini.

“Ya, beliau positif Covid-19, keputusan tersebut diterima hari ini hasil PCR yang dilakukan dua atau tiga hari yang lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Veerapan lagi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sri Tanjung itu kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

“Bagaimanapun doktor menasihatkan beliau supaya untuk menjalani kuarantin dan rawatan di hospital,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN