Tiada gangguan bekalan barang - Utusan Malaysia

Tiada gangguan bekalan barang

AZMAN ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak mengesan sebarang situasi gangguan bekalan barang keperluan utama di peringkat pengeluar dan pengilang setakat ini.

Pengarah Penguat Kuasanya, Azman Adam berkata, untuk itu, bekalan barang keperluan pengguna dijamin mencukupi sepanjang tempoh Pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa ketika ini.

Katanya, kementerian juga sentiasa membuat pemeriksaan harian di seluruh negara bagi memastikan kecukupan bekalan terutama dalam tempoh PKP.

“Mengikut rekod, sebanyak 895,642 jumlah pemeriksaan premis dijalankan di seluruh negara sejak PKP 1.0 tahun lalu.

“Pegawai-pegawai penguat kuasa juga membuat pemantauan harian terhadap 2,711 peruncit terpilih daerah, 1,039 pemborong terpilih daerah dan 233 pengilang atau pengeluar terpilih daerah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Azman berkata, sebarang perubahan tingkah laku pengguna seperti membuat pembelian yang banyak dan tergesa-gesa akan menyebabkan gangguan terutama untuk rantaian bekalan setempat.

Katanya, keadaan itu secara tidak langsung mencetuskan situasi panik dalam kalangan pengguna sedangkan ia bukan disebabkan oleh masalah bekalan.

“Sehubungan itu, KPDNHEP ingin menasihati pengguna supaya membuat pembelian secara biasa dan dalam kuantiti yang perlu sahaja.

“Semua pihak termasuk pengguna dan peniaga perlu memainkan peranan masing-masing supaya semua pihak dapat mengharungi pandemik ini dalam suasana yang terkawal,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya