Tajuddin bertugas seperti biasa - Utusan Malaysia

Tajuddin bertugas seperti biasa

TAJUDDIN Abdul Rahman meneruskan tugas sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO seperti niasa di WTC hari ini meskipun terpalit dengan dakwaan penahanan oleh SPRM berhubung kes salah guna kuasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam keadaan heboh diperkatakan berhubung penahanan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salah guna kuasa, beliau terus menjalankan tugas sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO seperti biasa.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Tajuddin berkata, beliau ketika ini sedang meneruskan tugas seperti biasa dan kini berada di Pejabat Pengarah Pilihan Raya UMNO di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (WTC) untuk menyelesaikan isu-isu perihal rakyat.

“Saya nak menyeru kepada semua ahli untuk teruskan kerja macam biasa supaya senang kita nak hadapi pilihan raya umum (PRU) nanti.

“UMNO sebuah parti yang orang kata berat kepada masalah rakyat. Dah PRU nanti, bila rakyat suka kita dengan keprihatinan, pertolongan yang kita beri, barulah senang nak hadapi PRU.

“Yang kerajaan buat tu kerajaan buatlah. Yang kita ni kita teruskan macam biasa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung dakwaan penahanan SPRM semalam.

“Apa siasat-siasat? Tak payah cakap lah. Saya okay sahaja, sekarang dekat bilik pengarah pilihan raya sahaja ni. Uruskan hal rakyat,” katanya ringkas.

Tajuddin yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) semalam ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Salak itu ditahan semalam di Ibu Pejabat SPRM selepas beliau dipanggil memberi keterangan.

Kata beliau, Tajuddin bagaimanapun dibebaskan dengan jaminam SPRM selepas itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN