Suu Kyi muncul kali pertama di mahkamah - Utusan Malaysia

Suu Kyi muncul kali pertama di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dilihat muncul buat kali pertama di mahkamah bagi menjalani sesi perbicaraan sejak diberkas junta tentera.

Peguam, Thae Maung Maung berkata, Suu Kyi berada dalam keadaan baik dan sempat mengadakan pertemuan dengan pasukan peguamnya sekitar 30 minit sebelum sesi perbicaraan bermula.

Kawalan keselamatan diperketatkan di ibu negara Naypidaw dan jalan menghala ke mahkamah ditutup menggunakan trak polis.

Sesi perbicaraan seterusnya dijadualkan pada 7 Jun.

Suu Kyi, 75, yang pernah memenangi Anugerah Nobel Keamanan pada 1991 dikenali dengan usahanya membawa demokrasi ke negara itu.

Beliau adalah antara 4,000 individu yang ditahan sejak junta tentera melakulan rampasan kuasa 1 Februari lalu.

Suu Kyi berhadapan tuduhan memiliki radio walkie-talkie secara haram kerana melanggar undang-undang rahsia negara. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN