Polis ambil keterangan Tajuddin esok - Utusan Malaysia

Polis ambil keterangan Tajuddin esok

TAJUDDIN RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan dipanggil polis untuk diambil keterangan berhubung rakaman video menunjukan beliau tidak memakai pelitup muka yang tular dalam media sosial, esok.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah memberitahu, Tajuddin dijangka hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi tengah hari esok.

“Pukul berapa hadir, kena tanya beliau sendiri,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, satu siasatan dijalankan terhadap Tajuddin berhubung rakaman video ketika beliau mengadakan sidang akhbar selepas meninjau kemalangan tren di stesen transit aliran ringan (LRT) KLCC.

Siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

Selain itu, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya sebaik siasatan selesai dijalankan.

Hari ini, kerajaan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN