Nilai jualan pembuatan meningkat, tertinggi dalam 44 bulan - Utusan Malaysia

Nilai jualan pembuatan meningkat, tertinggi dalam 44 bulan

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nilai jualan sektor pembuatan negara meningkat 15.3 peratus tahun ke tahun kepada RM126.9 bilion pada Mac lalu, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 44 bulan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, berasaskan bulan ke bulan, nilai jualan naik 7.2 peratus.

Ujarnya, peningkatan itu dipacu oleh produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (34.2 peratus), produk elektrik dan elektronik (17 peratus) serta produk makanan, minuman dan tembakau (14.9 peratus).

“Jumlah pekerja sektor pembuatan pada Mac 2021 adalah seramai 2,233,545 orang, berkurang 1.1 peratus berbanding 2,257,273 orang pada Mac 2020.

“Jumlah gaji dan upah yang dibayar adalah berjumlah RM7.51 bilion, meningkat 0.8 peratus atau RM58.3 juta pada Mac lalu berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut beliau, dalam tempoh sama nilai jualan per pekerja meningkat 16.5 peratus kepada RM56,831 berbanding bulan yang sama tahun lalu manakala purata gaji dan upah setiap pekerja adalah sebanyak RM3,364 pada Mac 2021.

“Pada suku tahun pertama tahun ini, nilai jualan merekodkan peningkatan 8.5 peratus kepada RM368.2 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Bilangan pekerja pada tempoh tersebut berkurang 1.1 peratus kepada 2,233,545 orang manakala gaji dan upah dibayar mencatatkan penurunan 0.6 peratus kepada RM22.6 bilion. 

“Nilai jualan per pekerja pada tempoh rujukan pula meningkat sebanyak 9.7 peratus kepada RM164,865,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya