fbpx

26 Januari 2022, 7:24 am

  TERKINI

Mohon surat baharu kebenaran operasi dengan KPDNHEP, bukan lagi MITI

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua perkhidmatan perlu di bawah sektor perdagangan pengedaran yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh total lockdown bermula esok perlu mendapatkan surat kebenaran operasi daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).  

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia berikutan surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri  (MITI) sebelum ini adalah terbatal mulai esok.

Menurut beliau, permohonan surat kebenaran operasi boleh dibuat melalui laman web  https://www.kpdnhep.gov.my bermula hari ini.

“Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03-88826322/6587 atau melalui emel kepada [email protected],” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Alexander berkata, susulan pengumuman Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkaitan senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh total lockdown tersebut, terdapat 10 perkhidmatan perlu termasuk stesen minyak disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu di bawah sektor perdagangan pengedaran.

Beliau menjelaskan, semua aktiviti perkhidmatan perlu sektor ini dibenarkan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali bagi stesen minyak dari pukul 6.00 pagi ke 8.00 malam dan stesen minyak di lebuh raya bertol dibenarkan beroperasi 24 jam. 

Katanya, KPDNHEP sebagai kementerian yang mengawal selia sektor perdagangan pengedaran termasuk peruncitan, pemborongan dan pengedaran telah mengemas kini SOP Sektor Perdagangan Pengedaran PKP yang sedia ada.

Antaranya ialah:

–  Semua premis pasar raya atau pasar raya  besar, departmental store (terhad kepada makanan  dan minuman atau keperluan  asas, kedai farmasi atau  penjagaan diri dan kedai  serbaneka atau mini mart dan restoran di kompleks beli belah – kapasiti pekerja adalah 100 peratus dan had jumlah  pelanggan dalam satu-satu masa mengikut  keluasan premis  perniagaan dengan penetapan seorang bagi setiap empat meter persegi.

– Restoran – makan di kedai (dine-in) tidak dibenarkan dengan kapasiti pekerja ialah 60 peratus.

– Kedai dobi termasuk layan diri – kapasiti pekerja 60 peratus – Memberi tugasan kepada sekurang-kurangnya seorang pekerja untuk memastikan kawalan keluar masuk pelanggan  bagi dobi layan diri.

– Kedai penjagaan haiwan atau makanan haiwan – kapasiti pekerja ialah 60 peratus – Hanya aktiviti jual beli  produk penjagaan dan makanan haiwan sahaja  dibenarkan

– Kedai cermin mata dan barang  optik – kapasiti pekerja ialah 60 peratus – hanya aktiviti jual beli  dan pembaikan cermin mata sahaja dibenarkan.

– Kedai hardware – kapasiti pekerja 60 peratus – hanya aktiviti jual beli produk hardware sahaja  dibenarkan. Pemasangan dan pembaikan di rumah tidak dibenarkan.

– Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti – kapasiti pekerja 60 peratus – perkhidmatan cuci kenderaan tidak dibenarkan.

E-dagang bagi semua kategori produk – kapasiti pekerja 100 peratus – Pusat Pengedaran (Distribution Centre) tertakluk kepada waktu operasi biasa.

-Pemborongan dan Pengedaran bagi kategori produk perkhidmatan perlu sahaja. Kapasiti pekerja 100 peratus – Pusat Pengedaran (Distribution Centre) tertakluk kepada waktu operasi biasa. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI