Iran nafi terima 'pujukan' Russia untuk hentikan pengayaan uranium - Utusan Malaysia

Iran nafi terima ‘pujukan’ Russia untuk hentikan pengayaan uranium

SATU daripada reaktor nuklear milik Iran di Bushehr dan penghasilan uranium di fasiliti itu dipantau oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pihak berkuasa Iran menafikan dakwaan Russia mengemukakan sebarang cadangan rasmi untuk meminta Republik Islam itu menghentikan program pengayaan uranium sebagai pertukaran kepada sokongan diplomatik atau jaminan keselamatan.

Menurut laporan media tempatan yang memetik sumber rapat kerajaan, beberapa pegawai menegaskan tiada perbincangan rasmi mahupun tidak rasmi diadakan bersama Moscow berkaitan isu tersebut.

“Laporan sedemikian bermotifkan politik dan tidak bersandarkan fakta,” kata seorang pegawai.

Seorang pegawai kanan Kementerian Luar Negeri Iran pula menegaskan Teheran tidak akan menukar haknya terhadap teknologi nuklear, walau dengan apa sekalipun bentuk tekanan atau tawaran luar.

“Iran tidak akan mengorbankan hak sahnya dalam bidang teknologi nuklear hanya kerana tekanan politik atau janji sokongan,” katanya.

Iran sebelum ini berkali-kali menyatakan program pengayaan uraniumnya adalah untuk tujuan aman dan penjanaan tenaga domestik.

Bagaimanapun, negara-negara Barat termasuk Amerika Syarikat dan sekutunya terus menzahirkan kebimbangan program tersebut boleh dimanipulasi untuk menghasilkan senjata nuklear.

Teheran telah berulang kali menolak tuduhan itu, dengan menyifatkannya sebagai sebahagian daripada naratif tidak berasas yang dipromosikan oleh Barat.

Iran dan Rusia kekal sebagai rakan strategik yang menjalin kerjasama rapat dalam pelbagai isu serantau dan global. Moscow turut menjadi anggota penting dalam rundingan nuklear Iran bersama negara-negara P5+1.

Setakat ini, tiada bukti kukuh menunjukkan Russia telah cuba mempengaruhi secara langsung dasar pengayaan uranium Teheran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×