MISC catat untung bersih RM429.8 juta Q1 2021 - Utusan Malaysia

MISC catat untung bersih RM429.8 juta Q1 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MISC Berhad mencatatkan keuntungan bersih RM429.8 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2021, jauh lebih baik berbanding kerugian bersih RM1.16 bilion yang dicatat pada suku sama tahun lalu.

Sehubungan itu, syarikat perkapalan itu mengumumkan dividen tujuh sen untuk pemegang sahamnya yang akan dibayar pada 9 Jun ini.

Syarikat itu juga mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi untuk suku pertama sebanyak RM2.54 bilion, meningkat RM27.1 juta atau 1.1 peratus berbanding RM2.51 bilion pada tahun sebelumnya.

Menurut syarikat itu, pendapatan untuk segmen penyelesaian aset gas asli cecair (LNG) menurun RM10.2 juta atau 1.5 peratus daripada RM695.9 juta kepada RM685.7 juta, sebahagian besarnya disebabkan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Secara operasi, segmen ini mencatatkan hari perolehan yang lebih tinggi berikutan penghantaran Pengangkut Etana Sangat Besar (VLEC) dalam suku semasa dan sebelumnya.

“Keuntungan operasi sebanyak RM300.9 juta adalah RM60.8 juta atau 16.8 peratus lebih rendah daripada keuntungan suku sebelumnya sebanyak RM361.7 juta, sebahagian besarnya disebabkan kos operasi kapal yang lebih tinggi,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Untuk segmen perkapalan petroleum dan produk, menurut MISC, pendapatannya menurun RM432.9 juta atau 35.3 peratus daripada RM1.23 bilion kepada RM795.1 juta, sebahagian besarnya disebabkan kadar tambang yang lebih rendah pada suku semasa.

“Keuntungan operasi sebanyak RM34.4 juta adalah RM302.1 juta atau 89.8 peratus lebih rendah berbanding keuntungan operasi suku sebelumnya sebanyak RM336.5 juta, juga diseabakan kadar tambang yang lebih rendah seperti dinyatakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya