Mangsa insiden layak terima faedah Perkeso - Utusan Malaysia

Mangsa insiden layak terima faedah Perkeso

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua mangsa insiden tren Transit Aliran Ringan yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) layak menerima bantuan faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, selain itu mangsa yang bekerja sendiri dan berdaftar serta mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Katanya, antara manfaat yang disediakan untuk kedua-dua skim berkenaan ialah rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik dan hospital kerajaan menerusi Faedah Perubatan.

“Mereka yang diberi cuti sakit yang disahkan oleh doktor akan menerima bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) sepanjang tempoh cuti sakit.

“Jika terdapat mangsa yang disahkan mengalami kecederaan parah sehingga menyebabkan hilang upaya kekal akibat kemalangan itu, mereka akan dibantu dengan Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK) dan Kemudahan Pemulihan Jasmani,” katanya hari ini.

Faedah berkenaan termaktub di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan juga Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

Dalam pada itu, Saravanan turut meminta majikan ataupun ahli keluarga supaya segera mengemukakan tuntutan permohonan faedah di mana-mana pejabat PERKESO dengan mengambil kira keadaan mangsa yang cedera dan mungkin sedang menjalani rawatan.

Dalam perkembangan lain, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan enam mangsa kemalangan yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur akan menerima bantuan RM3,000 setiap seorang sebagai tanda ingatan dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka.

“Pejabat saya sedang menghubungi mereka. Kita bersetuju sumbangkan RM3,000 tunai bagi setiap keluarga tersebut untuk keperluan segera keluarga di saat yang mencabar ini… harap bersabar,” katanya melalui ciapan Twitter.

Terdahulu, Annuar dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong melawat mangsa yang masih di rawat di HKL.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya