Majlis tahnik anak kedua Siti Nurhaliza tidak babit rentas negeri - Utusan Malaysia

Majlis tahnik anak kedua Siti Nurhaliza tidak babit rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis tahnik anak kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Muhammad Afwa pada 26 April lalu tidak membabitkan sebarang aktiviti rentas negeri berlaku pada.

Penyanyi nombor satu negara itu dalam satu kenyataan berkata, individu terlibat bersetuju untuk hadir kerana kebetulan merekaberada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.

“Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.

“Memandangkan acara itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir mematuhi syarat penganjuran majlis sosial PKPB seperti seperti yang tertakluk pada tempoh itu.

“Majlis juga terbahagi kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad, dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak pada hari ke-7 mengikut sunnah Rasulullah,” katanya.

Majlis tahnik itu sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Bagaimanapun menurut Siti Nurhaliza, kunjungan Dr. Zulkifli itu bukanlah majlis khas seperti yang disangka.

Katanya, Menteri Agama itu hanya singgah menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sebelum bergegas ke urusan lain.

“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin.

“Penjelasan ini bukanlah untuk mempertahankan diri tetapi bertujuan memberikan pencerahan terhadap beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu.

“Kesempatan ini juga kami ingin memohon maaf jika apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak. Kami memahami, berlapang dada dengan setiap teguran yang diberikan. Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.

“Ini merupakan kenyataan terakhir daripada kami mengenai isu ini dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dan difahami dengan baik,” katanya. – UTUSAN

S

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.