LRT kembali beroperasi seperti biasa - Wee Ka Siong - Utusan Malaysia

LRT kembali beroperasi seperti biasa – Wee Ka Siong

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memberi kelulusan untuk kedua-dua landasan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang terjejas akibat pertembungan dua tren sebelum ini digunakan sepenuhnya.

Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, operasi LRT sudah pulih sepenuhnya selepas proses pembaikan landasan selesai pada pukul 3.45 petang ini.

Menurutnya, pasukan pemulihan Rapid Rail Sdn. Bhd. dengan 367 kakitangan bekerja tanpa mengira penat lelah bagi memastikan landasan dapat digunakan secara optimum.

“Dengan pemulihan ini, tren LRT sudah boleh mula bergerak mengikut frekuensi sebenar berbanding sebelum ini berikutan penutupan bekalan kuasa dan masih terdapat satu landasan ditutup selepas kejadian,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar selepas melawat Pusat Krisis di Stesen LRT KLCC petang ini.

24 Mei lalu, seramai 47 penumpang tren dilaporkan parah manakala 166 cedera ringan dalam insiden pada 8.45 malam melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Rentetan kejadian itu, LRT terpaksa melalui satu landasan sama dari kedua-dua arah dari Putra Heights ke Gombak dan sebaliknya bermula dari stesen Pasar Seni sehingga ke stesen Damai.

Insiden berkenaan telah menjejaskan jadual kekerapan perjalanan LRT selain masa menunggu lebih lama iaitu 15 minit.

Dalam pada itu, Ka Siong antara lain memberi jaminan keselamatan terhadap penumpang yang menggunakan perkhidmatan berkenaan.

“Kita amat mementingkan aspek keselamatan penumpang dan sentiasa memperbaiki kelancaran operasi bagi memudahkan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata, kos-kos pembaikan dan penyelenggaraan landasan tren akan ditentukan dan ditanggung pihak Prasarana yang akan berurusan dengan pihak insurans untuk tindakan lanjut.

“Dalam hal ini, kita perlu pulihkan perkhidmatan pengangkutan awam. Kita kena memberi keutamaan dan kepentingan kepada keperluan pengguna perkhidmatan berkenaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya