Lapan maut ditembak rakan sekerja - Utusan Malaysia

Lapan maut ditembak rakan sekerja

Lokasi kejadian tembakan di San Jose California yang menyebabkan lapan maut. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN JOSE, California: Seorang pekerja melepaskan tembakan di pekarangan bangunan kereta api California menyebabkan lapan rakan sekerjanya maut sebelum menembak diri sendiri ketika pihak berkuasa menyerbu masuk.

Ini merupakan serangan terbaharu dalam tahun ini yang menyaksikan peningkatan mendadak dalam pembunuhan besar-besaran ketika Amerika Syarikat mengenakan sekatan pergerakan terhadap rakyatnya ekoran pandemik Covid-19.

Kejadian berlaku sekitar pukul 6.30 pagi waktu tempatan di dua bangunan di kemudahan kereta api ringan untuk Valley Transportation Authority, yang menyediakan perkhidmatan bas, kereta api ringan dan transit di Santa Clara County, daerah yang paling ramai penduduk di Kawasan Teluk San Francisco.

“Ketika pegawai melewati pintu, suspek masih menembak. Namun sebaik sahaja dia nampak anggota kami terus dia menembak diri sendiri, ” kata Sheriff Santa Clara, Laurie Smith kepada wartawan.

Mangsa, kebanyakannya adalah pekerja agensi pengangkutan tersebut.

Penyerang itu dikenal pasti sebagai Sam Cassidy yang berusia 57 tahun.

Bekas isterinya, Cecilia Nelms, memberitahu The Associated Press bahawa Cassidy mempunyai perangai buruk dan akan memberitahunya bahawa dia ingin membunuh orang di tempat kerja,

“Tetapi saya tidak pernah mempercayainya, dan itu tidak pernah berlaku. Sehingga sekarang, ” kata Nelms

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN