Kumpulan samun, pecah rumah Geng Nantha Kumar tumpas

Kumpulan samun, pecah rumah Geng Nantha Kumar tumpas

MIOR FARIDALATHRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kumpulan jenayah terancang, Geng Nantha Kumar yang aktif melakukan samun berkumpulan dan pecah rumah sejak 2017, tumpas dengan penahanan tujuh individu termasuk ketuanya, 9 April lalu.

Kesemua suspek itu ditahan dalam Op Fulica melalui risikan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah Terancang (D14) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua lelaki berusia 23 hingga 38 tahun itu diberkas dalam serbuan berasingan di Ipoh, Sungai Siput dan Pulau Pinang.

Katanya, siasatan mendapati kesemua mereka terlibat dengan jenayah serius sejak tahun 2017 hingga 2020.

“Berdasarkan semakan rekod jenayah lampau yang dilakukan, kesemua mereka mempunyai rekod jenayah bersabit kes kekerasan dan dadah.

“Kita juga turut mengenal pasti tiga ahli kumpulan lain yang kini berada di Penjara Koreksional di Johor atas kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi membendung kumpulan jenayah itu daripada terus berleluasa, peruntukan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah diguna pakai.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman 28 hari mengikut Seksyen 4(5) SOSMA 2012 bermula 10 April sehingga Jumaat ini untuk siasatan di bawah Seksyen 130V BAB V1 B Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

“Kertas siasatan ke atas mereka telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 27 April lalu dan pertuduhan ke atas kesemua 10 suspek itu akan dijalankan di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.