KPDNHEP Melaka belum terima aduan kekurangan bekalan ikan

KPDNHEP Melaka belum terima aduan kekurangan bekalan ikan

ISMAIL Othman (tengah) mendengar penerangan daripada Pengurus Cawangan Wilayah Selatan Mydin Mohamed Holdings Bhd., R. Apparavoo (dua dari kanan) ketika tinjauan Ops HAD 2J di Mydin Mall MITC, Ayer Keroh, Melaka. - FOTO/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) belum menerima aduan mengenai kekurangan bekalan ikan di negeri ini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP negeri, Muhammad Aizudin Mohd. Said berkata, mana-mana pihak yang berdepan masalah itu diminta tampil membuat aduan secara rasmi.

“Setakat ini kami masih belum terima aduan. Kalau benar berlaku situasi seperti itu boleh buat aduan rasmi kepada KPDNHEP,” katanya dalam sidang akhbar Ops HAD 2J di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Ar. Ismail Othman.

Selasa lalu, Utusan Malaysia melaporkan keluhan peniaga Pasar Borong Batu Berendam dekat sini yang berdepan masalah kekurangan bekalan ikan ekoran penutupan pasar itu selama tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat lepas, kerana terdapat peniaga disyaki positif Covid-19.

Selain itu, terdapat hampir 10 peniaga tidak menjalankan perniagaan kerana ketiadaan bekalan.

Sementara itu, Ismail berkata, kerajaan negeri memberi jaminan bekalan ikan di negeri ini mencukupi.

Jelasnya, jika berlaku pengurangan sekalipun, ia hanya melibatkan ikan jenis tertentu sahaja.

Ujarnya, semua jenis kenderaan yang membawa bekalan makanan juga tidak disekat untuk masuk ke negeri ini.

“Kita tidak menghalang kenderaan perdagangan menghantar bekalan kepada peniaga. Jadi tidak timbul isu peniaga terputus bekalan ikan terutamanya dari Kuala Lumpur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya