Kim Kardashian terjebak seludup patung purba Rom? -

Kim Kardashian terjebak seludup patung purba Rom?

KIM KARDASHIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Kim Kardashian mendapati dirinya terjebak dalam penyeludupan artifak seni antarabangsa melibatkan patung purba Rom yang diimport ke California atas namanya.

Pihak pendakwaraya Amerika Syarikat (AS) minggu lalu meminta serpihan patung itu – yang disita di sebuah pelabuhan Los Angeles pada 2016 – dilucutkan hak dan dikembalikan ke Itali, memetik seorang ahli arkeologi Itali yang mengatakan bahawa potongan itu “dijarah, diseludup dan dieksport secara haram . ”

Dokumen mahkamah mengatakan nama penerima dan pengimport disenaraikan sebagai “‘Kim Kardashian dba Noel Roberts Trust’ di Woodland Hills, California” dan merujuk kepada invois “untuk penjualan patung defendan oleh Vervoordt kepada Noel Robert Trust, bertarikh 11 Mac, 2016. ”

The Noel Roberts Trust adalah entiti yang berkaitan dengan pembelian dan penjualan harta tanah yang dilakukan oleh Kardashian dan Kanye West di AS.

Axel Vervoordt adalah peniaga seni Belgium yang bertanggungjawab untuk hiasan rumah kediaman Kardashian berhampiran Los Angeles, menurut laman web Artnet News.

Tetapi seorang jurucakap Kardashian pada Selasa menolak laporan media AS yang mengaitkan bintang dengan patung berkenaan dan mengatakan kepada AFP bahawa mereka tidak ada “maklumat yang tepat.”

Patung itu sendiri – disebut sebagai “Fragment of Myron Samian Athena” – dianggap berasal dari empayar awal Rom hingga pertengahan, dan menggambarkan bahagian bawah seseorang.

Ia disita di pelabuhan Los Angeles pada Mei 2016 sebagai sebahagian daripada dari pengiriman 5.5 tan barangan lain bernilai AS$745,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.