Kerjaya Prospek raih projek RM28 juta - Utusan Malaysia

Kerjaya Prospek raih projek RM28 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerjaya Prospek (M) Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd. (Kerjaya) memperoleh kontrak bernilai RM28.4 juta bagi kerja-kerja pembinaan pangsapuri perkhidmatan di tanah tambak Seri Tanjung, Pulau Pinang.

Kontrak tersebut dianugerahkan oleh anak syarikat tidak langsung Eastern & Oriental Bhd., Persada Mentari Sdn. Bhd.

Menurut kumpulan, kontrak itu merangkumi pelaksanaan dan penyiapan kerja tapak dan kerja tanah, sistem cerucuk asas dan pembinaan penutup cerucuk, pembinaan ruang bawah tanah dan semua kerja berkaitan cadangan pembinaan dua blok pangsapuri perkhidmatan 35 tingkat dan satu tingkat bawah tanah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kontrak itu akan dimulakan pada 18 Mei ini dan selesai 12 bulan daripada tarikh mula,” katanya dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, semalam.

Kerjaya Prospek memaklumkan, kontrak itu akan menyaksikan pengisian kontrak sejak awal tahun sehingga kini bagi 2021 kepada RM384.5 juta dan dijangka dapat memberikan aliran pendapatan tambahan untuk setahun berikutnya.

Pengerusi Eksekutif Kerjaya, Datuk Tee Eng Ho berkata, kontrak itu adalah perolehan ketiga bagi kumpulan tahun ini.

“Kejayaan ini diharap dapat memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham bagi tahun kewangan 2021 dan 2022,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini