Kerjasama bina ekosistem kereta terpakai terlengkap - Utusan Malaysia

Kerjasama bina ekosistem kereta terpakai terlengkap

ERIC CHENG (dua dari kiri) bersama Clement Lim (dua dari kanan); Pengarah Akademi Carsome, Teoh Jiun Ee (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Schools of Skills, Ken Foo. – Ihsan Carsome
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Platform e-dagang untuk kereta terpakai, Carsome menjalin kerjasama dengan Kumpulan CKL sebagai usaha untuk memperluas keupayaan pendidikan teknikal dalam kalangan pelajar dan menyediakan tawaran yang holistik kepada pemilik dan pembeli kereta.

Platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara itu berkata, kerjasama tersebut merupakan usahanya untuk membangunkan ekosistem kereta terpakai yang lengkap.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Eric Cheng berkata, kerjasama itu membolehkan syarikatnya terus mengangkat standard industri kereta terpakai dalam bidang perkhidmatan selepas jualan dan pendidikan teknikal.

“Kami sentiasa teruja untuk bekerjasama dengan pemain industri terkemuka kerana kerjasama dengan rakan niaga yang sealiran membolehkan kami melangkah lebih jauh dengan lebih mudah.

“Penyertaan Kumpulan CKL akan menyumbang kepada kelengkapan ekosistem kereta terpakai yang holistik yang sedang kami bina,” katanya dalam kenyataan dekat sini.

Menurut Carsome, kerjasama tersebut merangkumi perkhidmatan selepas jualan kepada pembeli kereta Carsome, pemeriksaan kereta percuma bagi pelanggan Lim Tayar dan program pendidikan teknikal selama tiga tahun untuk golongan belia menerusi Akademi Carsome dan Schools of Skills.

Lim Tayar dan Schools of Skills merupakan cabang peruncitan dan pendidikan vokasional di bawah Kumpulan CKL.

Program pendidikan teknikal yang dimaksudkan menawarkan pengajian selama tiga tahun termasuk pembelajaran teori selama tiga bulan di Schools of Skills, latihan praktikal selama sembilan bulan di Akademi Carsome dan diikuti dengan jaminan pekerjaan di Carsome selama dua tahun sebaik tamat pengajian.

Graduan juga akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Pemeriksaan Kenderaan Bermotor yang ditaja oleh Carsome.

Pengarah Urusan Bersama Kumpulan CKL, Clement Lim berkata pihaknya menghargai peluang dalam kerjasama tersebut, terutamanya melibatkan pakar industri yang dapat membantu mereka mencapai matlamat dengan lebih cepat.

“Kami amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan peneraju industri seperti pakar industri seperti Carsome dan kami yakin perkongsian yang bermakna ini akan membawakan nilai yang lebih tinggi kepada pelanggan kami,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya