Israel mula buka pintu, ketibaan pelancong meningkat - Utusan Malaysia

Israel mula buka pintu, ketibaan pelancong meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Ketika negara-negara lain seluruh dunia masih menutup pintu kepada kedatangan pelancong asing, Industri pelancongan di Israel mula bangkit dengan jumlah kedatangan pelancong asing ke negara Zionis itu melonjak sekitar 4.5 kali pada bulan April berbanding Mac.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Pusat pada hari Rabu, jumlah pelancong yang mengunjungi Israel bulan lalu meningkat kepada 30,200, daripada 6,700 pada Mac dan hanya 600 pada bulan April 2020.

Kenaikan ini terjadi setelah Israel membuka kembali ruang udaranya pada pertengahan Mac, setelah larangan penerbangan masuk dan keluar dikenakan pada 26 Januari.

Namun, dalam empat bulan pertama 2021, terdapat penurunan jumlah pelancong sebanyak 26,4 peratus, berjumlah 46,900, berbanding 63,700 pada empat bulan sebelumnya (September-Desember 2020).

Ini juga merupakan penurunan hampir 94 persen berbanding 733,600 pada Januari-April 2020, kerana kes koronavirus pertama ditemui di Israel pada 27 Februari 2020. – Xinhua

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya