PETALING JAYA: Tiga penumpang yang terlibat dalam kemalangan transit aliran ringan (LRT) malam tadi ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Rahman berkata, tiga penumpang lain pula mengalami kecederaan yang agak serius.
Katanya, ketiga-tiga penumpang yang dimasukkan ke dalam ICU kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Ada 47 penumpang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Ada enam penumpang kritikal dengan tiga daripadanya kini memerlukan alat bantuan pernafasan di ICU.
” Baki selebihnya ada yang cedera ringan dan ada yang separa kritikal,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini,” – UTUSAN ONLINE










