Imigresen lapor polis video tular 'Kak Siti' - Utusan Malaysia

Imigresen lapor polis video tular ‘Kak Siti’

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) akan mengambil tindakan tegas tanpa komproni jika terdapat pegawai yang terbukti melakukan kesalahan seperti didakwa dalam sebuah video tular dalam media sosial, ‘Kak Siti kena bayar pelincir untuk masuk ke Malaysia.’

Susulan itu, satu laporan dibuat kepada kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, laporan dibuat Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) jabatan itu, Datuk Makhzan Mahyuddin supaya satu siasatan telus dapat dijalankan.

Katanya, kenyataan dan dakwaan dalam di video itu boleh menjejaskan imej dan nama baik Imigresen.

“Dalam video tersebut memaparkan seorang wanita memberi ucapan berkaitan status keberadaan dan pergerakan keluar masuk negara seorang wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai ‘Kak Siti’.

“Dakwanya, ‘Kak Siti’ mempunyai pas kerja yang sah dan telah melahirkan tiga orang anak di Malaysia dan beliau telah pergi ke Batam, Indonesia bersama-sama ‘Kak Siti’ dipercayai cuba membantu ‘Kak Siti’ masuk semula ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Khairul Dzaimee, turut dibangkitkan adalah dakwaan bahawa ‘Kak Siti perlu membayar sejumlah wang kepada individu yang didakwa sebagai pegawai Imigresen bagi membantu kemasukan ‘Kak Siti’ ke negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN