HSBC lancar aplikasi EZInvest, bantu pelanggan melabur - Utusan Malaysia

HSBC lancar aplikasi EZInvest, bantu pelanggan melabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: HSBC Malaysia melancarkan EZInvest, platform pelaburan unit amanah baharu pada aplikasi mudah alihnya yang membolehkan pelanggan mengakses portfolio pelaburan mereka pada bila-bila masa.

Ketua Kekayaan, Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaannya, Jon Chivers berkata, EZInvest adalah bukti komitmen kumpulan untuk memberikan pengalaman pengurusan kekayaan yang lebih lancar kepada para pelanggan.

“Dengan EZInvest, pelanggan hanya perlu log masuk ke aplikasi mudah alih HSBC dan mulakan pengurusan senarai unit amanah terpilih di hujung jari mereka. Pelanggan HSBC Amanah juga dapat memanfaatkan pelbagai dana patuh syariah yang terdapat di EZInvest.

“Ini adalah inisiatif digital pertama HSBC Malaysia yang menawarkan penyelesaian pelaburan unit amanah yang mudah, fleksibel dan berpatutan secara eksklusif melalui aplikasi mudah alih,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, Ketua Cadangan dan Pemasaran Pelanggan, Kekayaan dan Perbankan Peribadi, Heather Goh memaklumkan, pihaknya akan terus memperkenalkan lebih banyak inovasi digital untuk memberi pengalaman perbankan berbeza kepada pelanggan HSBC Malaysia.

“EZInvest membolehkan pelanggan membeli dana unit amanah secara terus daripada aplikasi mudah alih HSBC Malaysia mereka pada bila-bila masa,” ujarnya.

Menerusi EZInvest, pelanggan boleh menikmati pelbagai ciri menarik antaranya mengatur pilihan pelaburan bulanan yang fleksibel dan mendapatkan pandangan terkini mengenai prestasi portfolio dengan jalan pintas untuk membeli lebih banyak atau menjual dana.

Selain itu, pelanggan dapat menikmati bayaran yang lebih rendah berbanding perkhidmatan serupa yang disediakan oleh platform perbankan lain, serta tawaran perkenalan dengan kadar tetap apabila dibeli di EZInvest. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya