FKLI catat rekod dagangan tertinggi - Utusan Malaysia

FKLI catat rekod dagangan tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Niaga hadapan KLCI Bursa Malaysia FTSE (FKLI) yang didagangkan dalam Terbitan Bursa Malaysia mencatatkan jumlah dagangan tertinggi baharu kelmarin.

Bursa terbitan itu merekodkan 66,887 kontrak, mengatasi catatan tertinggi terdahulu sebanyak 65,000 kontrak yang dicatatkan tepat setahun lalu pada 27 Mei 2020.

FKLI menyediakan pendedahan kepada sandaran Indeks Komposit Kuala Lumpur Bursa Malaysia FTSE (FBM KLCI) kepada peserta pasaran serta pelabur institusi dan runcit.

Ketua Pegawai Eksekutif Terbitan Bursa Malaysia, Samuel Ho berkata, para peserta yakin terhadap kemampuan pihaknya untuk menguruskan pendedahan risiko mereka hasil kepercayaan berterusan terhadap produk-produk Terbitan Bursa Malaysia.

“Dengan ketidaktentuan berterusan akibat pandemik Covid-19, kami akan terus menawarkan produk baharu tahun ini bagi memenuhi keperluan pelabur, terutamanya ketika pasaran tidak menentu.

“Kami percaya usaha ini dapat meningkatkan daya tarikan terhadap tawaran kami dan menarik penyertaan baharu dalam pasaran kami,” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam.

Tahun lalu, Terbitan Bursa Malaysia mencatatkan 18 rekod dagangan yang sebahagiannya didorong ketidaktentuan dalam pasaran komoditi dan sekuriti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN