TEHRAN: Dua orang terbunuh dalam nahas pesawat latihan di wilayah Markazi, tengah Iran pada Selasa, lapor agensi berita rasmi IRNA.
“Dua yang berada di dalam pesawat latihan ultra ringan, termasuk kapten Asghar Namazian dan pelatih juruterbang Hamid Moradian, meninggal dunia dalam nahas di lapangan terbang pagi ini,” kata ketua perhubungan awam Lapangan Terbang Arak Ahmad Garavi kepada IRNA.
Katanya, punca kejadian sedang disiasat.
Kemalangan itu berlaku ketika pesawat cuba berlepas di Lapangan Terbang Arak, menurut laporan itu. – Xinhua











