Dua lelaki ditangkap rentas negeri tanpa permit, kebenaran

Dua lelaki ditangkap rentas negeri

SEBUAH kereta jenis Perodua Arus yang dinaiki dua lelaki yang ditangkap di SJR Ladang Geddes, Jempol kerana cuba merentas negeri tanpa permit dan kebenaran. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang pemandu kenderaan e-hailing dan seorang pendatang asing tanpa izin ditangkap selepas gagal mengemukakan dokumen rentas negeri dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di Ladang Gaddes, dekat sini kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pemandu berkenaan iaitu lelaki berusia 44 tahun dan beralamat di Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur disyaki terlibat dalam pengangkutan migran yang diseludup dan gagal mengemukakan apa-apa dokumen kebenaran perjalanan rentas negeri.

Menurutnya, lelaki berkenaan telah melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) PPPPB 2021.

“Seorang lagi lelaki iaitu pendatang asing tanpa asing yang merupakan penumpang kenderaan berkenaan ditangkap kerana gagal mengemukakan apa-apa dokumen pengenalan diri serta tiada dokumen kebenaran perjalanan rentas daerah mahupun negeri kerana melanggar peraturan SOP PKP di bawah peraturan 4 (1) PPPPB (NO. 3) 2021. 

“Dalam tangkapan ini, polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Aruz dan tiga telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chang Hook berkata, pemandu e-hailing berkenaan mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan PPDPP Berjangkit 2021.

“Pemandu grab berkenaan ditahan reman selama empat hari manakala pendatang asing tanpa izin itu pula ditangkap pula ditahan reman selama dua minggu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.