Datin, empat ahli sindiket nafi edar 14.9 kilogram syabu

Datin tauke kosmetik, empat ahli sindiket nafi edar 14.9 kilogram syabu

ROHANEE Doloh (berselendang) bersama empat lagi tertuduh yang didakwa mengedar dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lima individu termasuk seorang usahawan kosmetik bergelar ‘Datin’ berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 14.9 kilogram, dua minggu lalu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap Datin Rohanee Doloh, 47 bersama adiknya, Silawati, 26, serta Mohd. Nasrul Hafiszan Mat Nasir, 36, Ahmad Maziri Mazlan, 26 dan Wan Mohamad Syariman Maula Wan Mohd. Nadzir, 24. 

Pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Izuddin Mohd. Shukri.

Mengikut pertuduhan, lima individu terbabit didakwa mengedar dadah jenis syabu atau methamphetamine dengan berat kasar 14.989 kilogram di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 1, kira-kira pukul 4 petang 8 Mei lalu.

Mereka berlima  didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Tengku Shazuan Tengku Shariffudin dan Nur Alyaa Mohd. Zain.

Mahkamah menetapkan tarikh 25 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Akhbar sebelum ini melaporkan penahanan wanita warga Thailand bergelar Datin yang dipercayai menjadi dalang kegiatan sindiket pengedaran dadah bernilai RM2.34 juta yang berlindung di sebalik perniagaan kosmetik miliknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya