Seekor beruang matahari jantan mati dilanggar kenderaan

Beruang matahari mati dirempuh kenderaan

BERUANG matahari jantan yang mati di Batu 23, Jalan Kuala Berang-Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seekor beruang matahari jantan maut selepas dirempuh sebuah kenderaan di Batu 23, Jalan Kuala Berang-Ajil, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, haiwan liar berkenaan mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, kemalangan melibatkan seekor beruang matahari jantan dewasa yang dipercayai melintas jalan.

“Beruang berkenaan mati di bahu jalan setelah dilanggar kenderaan pengguna jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 1 April lalu, seekor beruang matahari betina maut dilanggar kenderaan dinaiki empat sekeluarga di Kilometer 388.9, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) berhampiran Ajil, Hulu Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya