Ibu tunggal lima anak berhenti kerja jaga ibu, bapa sakit

Berhenti kerja jaga ibu, bapa sakit

NOOR Hayati Othman menjaga kedua-dua orang tuanya yang terlantar sakit ketika ditemui pemberita di Taman Jasmin, Senawang, Seremban, hari ini. - FOTO/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang ibu tunggal kepada lima orang anak sanggup membuat keputusan untuk berhenti kerja demi menjaga kedua ibu bapanya yang terlantar sakit sejak dua bulan lalu.

Noor Hayati Othman, 52, berkata, dia yang sebelum ini bekerja di sebuah kilang membuat keputusan itu dengan rela hati kerana memang mahu menjaga kedua-dua orang tuanya sejak tahun lalu.

Jelasnya, sebelum ini, ibunya, Zabedah Harun, 84, dan bapanya, Othman Hussin, 73, tinggal di rumah kakaknya.

“Kemudian anak saudara saya baru melahirkan anak dan kakak saya bertanya siapa boleh mengambil giliran menjaga orang tua kami, lalu saya ambil peluang itu.

“Saya ibu tunggal dan saya lebih senang untuk menjaga ibu dan ayah kerana anak-anak sudah besar dan suami pula tiada,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Jasmin, Senawang di sini hari ini.

Tambah Noor Hayati, walaupun dia yang menjaga ibu dan bapanya, adik beradiknya yang lain juga tidak melepaskan tanggungjawab mereka.

“Mereka juga turut menyumbangkan tenaga mereka macam adik lelaki dia akan datang ke sini hari Isnin hingga Jumaat untuk memandikan kedua-dua orang tua setiap hari. Ayah terlantar disebabkan strok manakala ibu disebabkan sakit kencing manis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya