Bekas kapten kapal ditemukan meninggal dunia di rumah - Utusan Malaysia

Bekas kapten kapal ditemukan meninggal dunia di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Bau busuk dari sebuah rumah membawa kepada penemuan mayat seorang bekas kapten kapal yang tinggal bersendirian di Kampung Paya Berenjut, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat warga emas lelaki berusia 64 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring di bilik utama selepas menerima aduan daripada sepupunya, kira-kira pukul 8.20 malam.

“Kejadian disedari sepupu mangsa yang datang ke rumahnya selepas beberapa hari gagal menghubungi warga emas tersebut.

“Ketika berada di pintu, sepupunya menghidu bau busuk dari bilik utama dan mengesyaki mangsa sudah meninggal dunia lalu segera menghubungi polis untuk bantuan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata, mangsa yang memiliki sebuah bot nelayan itu difahamkan sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Katanya, berdasarkan siasatan awal polis percaya warga emas berkenaan meninggal dunia lebih dua hari, namun masih menunggu hasil keputusan bedah siasat.

“Setakat ini kita tidak menemukan sebarang kesan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN