Bayi hidap paru-paru sempit perlukan dana RM110,000 

Bayi hidap paru-paru sempit perlukan dana RM110,000 

MUHAMMAD Hafiy Ainol Hakim berusia sebulan memerlukan sumbangan orang ramai bagi menjalani rawatan masalah jantung dan paru-paru di sebuah hospital swasta yang menelan kos kira-kira RM110,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang bayi lelaki berusia sebulan di sini yang mempunyai masalah paru-paru sempit memerlukan bantuan orang ramai bagi menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak. 

Rawatan itu dijangka menelan kos sekitar RM110,000 apabila Muhammad Hafiy Ainol Hakim terpaksa meneruskan hayat di dalam inkubator dalam satu tempoh sehingga paru-parunya berkembang. 

Menurut Pengerusi One Hope Charity & Welfare, Chua Sui Hau, pihaknya menerima aduan daripada ibu bapa Muhammad Hafiy yang memaklumkan anaknya dikesan mempunyai masalah itu selepas dilahirkan pada 9 April lalu apabila mengalami kesukaran bernafas. 

Katanya, bayi itu terpaksa dipindahkan ke hospital swasta yang mempunyai fasiliti berkenaan selepas doktor mengesan kandungan oksigen di dalam badannya kurang. 

“Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati dia mempunyai masalah hypoplasia paru-paru, jantung berlubang dan stenosis kardiovaskular,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. 

Menurut Sui Hau, berdasarkan pemeriksaan pihak hospital, Muhammad Hafiy perlu menerima rawatan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) dalam tempoh dua hingga tiga minggu dengan kos sekitar RM110,000. 

Bagaimanapun jelasnya, kos itu diluar kemampuan keluarga berkenaan memandangkan bapa bayi tersebut bekerja di sektor kerajaan dengan pendapatan RM2,500 sebulan, manakala ibunya suri rumah selain mempunyai dua lagi anak berusia tiga dan lima tahun. 

“Sehubungan itu, mereka menghubungi kami bagi memohon bantuan orang ramai untuk membantu dalam pembiayaan kos rawatan itu,” katanya. 

Menurutnya, orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan boleh menghubungi pihaknya di talian 016-4192192, 019-2322192 atau 04-5399212.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya