Bapa cekik anak kerana cemburu dengan bekas isteri - Utusan Malaysia

Bapa cekik anak kerana cemburu dengan bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gara-gara cemburu dengan bekas isteri yang sudah mempunyai kekasih lain, seorang bapa tergamak mendera anak kandung sendiri di rumahnya di Jalan Pondok Jagung Timur, Serpong Utara.

Lapor Tribunnews, sebelum kejadian berlaku Wahyu Handoko menelefon bekas isterinya dan terdengar suara lelaki lain.

Disebabkan cemburu dan hampir pitam, lelaki itu melepaskan kemarahannya dengan mencekik dan memukul mangsa yang baru berusia lima tahun.

Bukan itu sahaja, suspek turut merakam video mendera anakya sendiri sehingga diketahui bekas isterinya.

Kes itu terbongkar selepas bekas isterinya yang bekerja di Malaysia memuat naik video tersebut sehingga tular dalam media sosial.

Namun, lebih memeranjatkan apabila kanak-kanak itu langsung tidak berdendam dengan ayahnya.

“Ya, memang sakit apabila ayah pukul, tetapi saya bertahan sahaja. Ayah saya tidak jahat, dia orang baik. Saya juga sudah maafkan ayah dan mahu berjumpa dengannya,” katanya.

Suspek diberkas oleh polis Tangerang Selatan manakala, anaknya dibawa berjumpa pakar psikologi bagi memastikan keadaan kesihatannya terus baik.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN