GAZA CITY: Bakal pengantin merupakan salah seorang daripada 42 yang maut dalam serangan paling baharu oleh Israel yang dilancarkan sejak semalam dan berakhir hari ini.
Shaima Abu Al-Auf، 20, sepatutnya melangsungkan perkahwinnan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Sejak semalam pesawat perang Israel membedil Semanjung Gaza secara intensif yang menyebabkan kemusnahan teruk di wilayah tersebut.
Semalaman dari hari Ahad hingga Isnin, Israel melancarkan puluhan serangan dalam jarak beberapa minit di wilayah Palestin itu yang dikawal oleh kumpulan Islam Hamas.
Menurut wartawan AFP yang berada di tempat kejadian, serangan itu menyebabkan bekalan elektrik terputus dan ratusan bangunan bangunan rosak.
Penduduk Barat Gaza, Mad Abed Rabbo, 39, berkata, mereka ketakutan ekoran serangan berterusan itu.
“Tidak pernah ada serangan sebesar ini,” katanya.
Dalam satu kenyataan sebelum pukul 2 pagi ini, tentera Israel mengatakan jet pejuangnya “menyerang sasaran keganasan di Semenanjung Gaza”.










