23maut, 70 cedera jambatan runtuh - Utusan Malaysia

23maut, 70 cedera jambatan runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY:  Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 70 yang lain cedera setelah jambatan kereta api metro runtuh di selatan Mexico City Isnin malam, demikian menurut laporan awal yang dikemas kini dari pihak berkuasa tempatan.

Dalam wawancara dengan stesen TV tempatan pada hari Selasa, Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum mengatakan kemalangan itu berlaku akibat blok konkrit runtuh ketika kereta api bawah tanah sedang melintasinya.

“Siasatan yang berkaitan akan dilakukan untuk mendapatkan penyebab kemalangan. Kami sangat menyesali atas apa yang terjadi,” katanya.

Pada masa ini, operasi menyelamat terganggu kerana kereta api yang jatuh berada dalam keadaan tidak stabil dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan akan berlaku runtutan lagi.

Pada masa sama 34 orang lagi telah dipindahkan ke hospital berdekatan, kata Sheinbaum. – Xinhua

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya