Kedai Emas Safura lancar tabung bantu orang susah

Peniaga emas lancar tabung bantu orang susah

BIBI Safura Ghulam Hyder (kanan) memegang kad Tabung Belanja Dapur Safura Ramadan Asnaf dan Ibu Tunggal pada pelancaran program itu di Ipoh semalam. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kedai Emas Safura di Medan Gopeng di sini melancarkan program Tabung Belanja Dapur Safura Asnaf dan Ibu Tunggal sempena menyambut bulan Ramadan bagi berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

Pengasasnya, Bibi Safura Ghulam Hyder berkata, sebanyak 100 keluarga yang terdiri daripada ibu tunggal dan asnaf di sekitar bandar ini yang telah dikenal pasti akan dibantu bagi meringankan beban mereka seperti perbelanjaan dapur semasa Ramadan dan untuk menyambut Aidilfitri.

Menurut beliau, inisiatif itu juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial Kedai Emas Safura untuk membantu masyarakat setempat yang perlukan perhatian terutama dalam situasi sukar ketika ini.

“Kita semua sedia maklum bahawa ujian daripada wabak Covid-19 ini telah memberikan tekanan yang sangat hebat daripada ekonomi terutamanya kepada golongan asnaf dan juga ibu tunggal.

“Apatah lagi dengan ketibaan Ramadan ini, jadi kita tampil untuk bersama-sama membantu golongan yang terkesan ini mengikut kemampuan kita,” katanya pada pada pelancaran program Tabung Belanja Dapur Safura Asnaf dan Ibu Tunggal di premis itu semalam.

Kutipan tabung adalah menerusi tiga sumber iaitu sumbangan peribadi daripada pihak keluarga dan staf Kedai Emas Safura dan sumbangan peribadi Bibi Safura selaku pengasas kedai emas tersebut. 

Bibi Safura berkata, pihaknya juga akan mengalihkan sebahagian daripada keuntungan hasil jualan Nostalgia Ramadan Safura selama tiga hari sehingga 18 April ini di cawangan Gunung Rapat dan Cawangan Meru bagi mengisi program tabung berkenaan.

Katanya, jualan Nostalgia Ramadan Safura adalah satu bentuk promosi khas yang ditawarkan kepada para pelanggan sebagai menghargai sokongan mereka sehingga Kedai Emas Safura berada pada tahap hari ini.

“Istimewanya promosi ini kita menawarkan harga runtuh iaitu hanya RM214 bagi satu gram emas manakala kadar upahnya kita kira sampai jadi (kepada semua barangan di Kedai Emas Safura) iaitu pada harga upah yang sangat menguntungkan pelanggan. 

“Namun, tawaran ini hanya sah kepada 100 pelanggan sahaja setiap hari di cawangan Gunung Rapat dan cawangan Meru,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya