Eric Lim dilantik CSO pertama UOB - Utusan Malaysia

Eric Lim dilantik CSO pertama UOB

ERIC LIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: United Overseas Bank Limited (UOB) melantik Eric Lim sebagai Ketua Pegawai Kemampanan (CSO) pertama untuk memimpin pejabat kemampanan korporat yang ditubuhkani untuk mencapai matlamat hijau bank tersebut.

UOB dalam satu kenyataan memberitahu, pejabat itu akan membangunkan dan memantau prestasi kemampanan UOB termasuk sasaran jejak karbon bank itu.

“Ia juga bertanggungjawab untuk memajukan perniagaan dan memacu kekayaan pengguna ke pelaburan yang mampan serta memupuk keterangkuman sosial dan kesejahteraan alam sekitar.

“Eric merupakan pengerusi jawatan kuasa alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) Kumpulan UOB yang mengenal pasti risiko, peluang, dan kemajuan inisiatif yang berkaitan dengan ESG,” katanya.

Peranan baharu itu merupakan lanjutan dari kedudukan semasa Eric sebagai ketua kewangan kumpulan.

UOB menjelaskan, tanggungjawab Eric yang diperluas itu akan membantu memastikan sinergi antara strategi kemampanan bank dan pengurusan prestasi kewangan.

Dengan pelantikan itu, Eric akan bergabung dengan jawatan kuasa pengurusan bank, di mana dia akan melapor terus kepada Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif UOB, Wee Ee Cheong.

“Di UOB, kami memastikan bahawa tugas kami sebagai penjaga kewangan selaras dengan tanggungjawab untuk menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi, sosial dan alam sekitar  dalam jangka panjang.

“Sejak Eric menyertai kami pada tahun 2013, beliau terbabit dalam memacu agenda kemampanan bank. Dengan mandat baharunya, Eric dan pasukannya akan meningkatkan kemampuan dan kapasiti syarikat untuk membina masa depan yang lebih baik,” jelasnya.

Sebelum menyertai UOB, Eric adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pemborong Perbankan Kewangan Singapura dan Asia Tenggara di sebuah bank multinasional.

Eric memulakan kerjayanya di sebuah firma perkhidmatan kewangan di Amerika Syarikat (AS) di mana belia telah menjawat pelbagai jawatan eksekutif dalam perancangan dan analisis kewangan, penggabungan dan pengambil alihan audit dan pengendalian yang berpusat di AS dan Asia.

Beliau turut mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Nanyang Technological University dan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Kellogg School of Management, Northwestern University. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya