fbpx

Polis siasat insiden guru praktikal tadika campak anak murid

TANGKAP layar guru tadika mencampak anak muridnya di sebuah tadika yang videonya tular hari ini.

SHAH ALAM: Tular video seorang guru tadika mencampak seorang kanak-kanak di sebuah tadika di Jalan Kebun di sini hari ini.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, wanita dipercayai guru praktikal telah menolak seorang kanak-kanak sebelum bertindak melempar dan memarahinya.

Malah, insiden tersebut juga diperhatikan murid-murid tadika tersebut yang seakan-akan terkejut dengan perbuatan guru terbabit.

Difahamkan, guru terbabit telah diberhentikan serta-merta dengan kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak 30 tahun tadika itu beroperasi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya telah menerima laporan polis daripada ibu mangsa.

“Kita juga telah mengambil keterangan individu yang merakam kejadian tersebut.

“Buat masa ini, Jabatan Siasatan Jenayah sedang menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN