Maniam puji persembahan PJ City - Utusan Malaysia

Maniam puji persembahan PJ City

PENYERANG Perak, Guilherme De Paula (kiri) cuba melepasi pemain PJ City, K. Prabakaran dalam aksi Liga Super di Ipoh malam tadi. UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua jurulatih PJ City FC, P.  Maniam menghambur pujian kepada  anak buahnya berikutan kejayaan mereka mengikat Perak FC tanpa jaringan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, semalam.

Sambil menyifatkan aksi tersebut sebagai perlawanan yang hebat, Maniam mengakui, Perak menguasai permainan tetapi pemainnya juga mempamer kesungguhan tinggi.

“Mengutip satu mata di tempat lawan adalah satu permulaan yang baik.

“Pemain bermain dengan penuh semangat dan kami juga  berjaya mencipta peluang tetapi malangnya tiada penyudah, ” kata Maniam selepas perlawanan semalam.

Dalam perlawanan itu, pemain PJ City berjaya membawa cabaran kepada tuan rumah terutama pada babak pertama.

Corak kawalan ketat pemain pelawat jelas berjaya menghalang anak buah Chong Yee Fatt daripada melakukan sebarang kemusnahan terutama pada separuh pertama.

Perak cuba bangkit di babak kedua dengan persembahan lebih berkesan tetapi tiada penyudah menjadi faktor menghalang.

Maniam yang berpuas hati dengan persembahan anak buahnya berharap mereka mampu mengulangi persembahan bertenaga itu apabila turun bertemu Melaka United di tempat sendiri, selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya