Kelantan United enggan dibuai mimpi - Utusan Malaysia

Kelantan United enggan dibuai mimpi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Pemain Kelantan United diingatkan supaya terus dibuai dengan dua kemenangan berturut-turut dalam aksi Liga Perdana terdahulu sebelum turun berdepan Johor Darul Takzim II (JDT II) di Stadium Sultan Muhammad IV, petang esok.

Penolong pengurus Kelantan United, Nik Khuzaimi Nudin berkata, berdepan JDT II bukan tugas mudah buat The Green Deers kerana lawan pasukan yang lengkap di seluruh posisi.

Katanya, dia mahu barisan pemain tenang berdepan lawan dan berharap mereka dapat mengikuti setiap perancangan yang telah ditetapkan oleh barisan jurulatih diketuai oleh Akira Higashiyama.

“Semua pemain telah memperagakan aksi terbaik dalam perlawanan sebelum ini, walaupun masih ada beberapa kesilapan mudah.

“Saya mengingatkan pemain agar segera memperbaiki kesilapan itu dan tidak leka dengan dua kejayaan ini.

“Kita mesti kekal dengan sikap merendah diri agar perlawanan dengan JDT II dan Selangor II dapat kita hadapi dengan kejayaan penuh,” katanya.

Nik Khuzaimi memberitahu, jadual padat dengan perlawanan berselang tiga hari memang memenatkan barisan pemain KUFC.

Bagaimanapun katanya, beliau optimis Kelantan United mampu memberikan aski terbaik.

Kelantan United FC kini menghuni kedudukan kelima carta Liga Perdana dengan memungut enam mata setelah melalui tiga perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya