Jumpa bom Jenis Meriam Artillery 85MM di ladang sawit

Peluru meriam zaman perang menentang komunis di ladang sawit

UNIT Pemusnah Bom IPK Johor menjalankan operasi pemusnahan bom lama di Ladang Sepang Loi, Segamat, Johor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Satu objek dipercayai meriam telah dijumpai oleh pekerja ladang sewaktu menjalankan kerja-kerja mengutip buah kelapa sawit di kawasan Blok P052 ladang Sepang Loi, Segamat di sini. 

Penemuan itu seterusnya dimaklumkan kepada penolong pengurus ladang yang bertindak memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis. 

Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama anggota UPB IPD Segamat telah menjalankan tindakan pemusnahan bom lama ataupun Unexploded Ordnance (UXO) jenis Meriam Artillery 85 MM pada kira-kira pukul 3.45 petang semalam. 

Polis Johor dalam satu kenyataan mengesahkan, objek tersebut adalah dari jenis Meriam Artillery 85 MM berdasar saiz objek yang dijumpai dan disahkan objek berkenaan telah dilancarkan tetapi gagal berfungsi setelah selesai pemeriksaan oleh pihak UPB. 

“Pihak UPB IPK Johor mempercayai objek tersebut dilancarkan semasa menentang komunis oleh pihak berkuasa.

“Operasi pembersihan keselamatan bagi memastikan kawasan tersebut selamat dan benar-benar bebas dari sebarang bahan letupan lain dilakukan oleh UPB IPK Johor,” kata kenyataan itu semalam. 

Tindakan pemusnahan objek UXO berkenaan telah dijalankan secara In Situation (In-situ) dengan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda.

Pihak Polis Johor turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan ladang yang membantu sepanjang proses pemusnahan dijalankan.  

“Kami menyeru orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila laporkan segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu lagi. 

Pihak Polis Johor turut memberikan peringatan kepada orang ramai supaya jangan DIUSIK, DIALIH atau DIGERAKKAN objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

PDRM Johor sentiasa bersedia pada bila-bila masa membantu masyarakat dalam menangani sebarang insiden melibat bahan letupan sekiranya diperlukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya